Friday, January 16, 2009

Yahudi Tak Faham Bahasa Perdamaian

I couldn't remember where do i get this article. But, i just wanted to share it with all. Hope the original writer won't sue me~




Yahudi tidak faham bahasa perdamaian

Sejak 1948, rakyat Palestin terus menjadi mangsa kekejaman zionis yang memasuki negara itu secara haram. Puluhan ribu termasuk kanak-kanak dan wanita yang terkorban akibat keganasan rejim zionis.

Terbaru, zionis terbabit menyerang pula Lebanon, sebuah lagi negara Islam atas alasan menentang kumpulan pejuang Hizbullah yang dicap pengganas oleh mereka.

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, ZAKARIA IDRIS menemubual Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman bagi menjelaskan isu ini.

Boleh Prof. jelaskan kewujudan negara Yahudi ini?

Prof. Redzuan: Negara ini wujud pada 1948 dengan mengambil atau menduduki secara haram tanah rakyat Palestin yang tinggal di situ sejak beribu-ribu tahun lamanya. Oleh sebab ia diduduki secara haram sepatutnya apa juga tindakan Yahudi ini adalah haram. Namun, pada hari ini keadaan sebaliknya berlaku. Rakyat Palestin yang dilihat sebagai pendatang dan Yahudi sebagai pemilik.

Apakah sebenarnya yang mencetus idea penubuhan negara Yahudi ini?

Cadangan penubuhan negara Yahudi ini dibuat oleh seorang wartawan, Theodore Herzl dalam gagasannya yang kemudian dijadikan buku iaitu Der Judnstant.

Ia bermula pada 1897 apabila diadakan Persidangan Pertubuhan Zionis Sedunia (WZO) di Basle, Switzerland. Isu besar yang dibangkitkan ialah mewujudkan Yahudi merdeka walaupun mereka tahu kaum itu tidak layak mempunyai negara selepas pelbagai kemusnahan dan penipuan yang dilakukan termasuk pada zaman para Nabi.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah S.W.T, Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang terpesong itu. (al- Baqarah; 120).

Namun, ingin saya jelaskan yang kita tentang ialah yang berfahaman zionis bukan Yahudi secara keseluruhan. Ini kerana ada Yahudi dari golongan Raban yang turut menentang kezaliman zionis ini.

Ini turut dijelaskan melalui firman Allah, Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. (al-Maidah; 8)

Salah seorang Yahudi yang menentang dasar kezaliman zionis terhadap orang Palestin ialah Norm Chomsky.

Apakah yang mempercepatkan pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin?

Dalam tahun 1917, Setiausaha Luar Kementerian Luar Britain, Lord Arthur Balfore berjanji kepada ketua masyarakat Yahudi Lord Rothchild untuk menubuhkan negara Yahudi di Palestin.

Semasa perang dunia pertama (PD1), negara Barat merasa terhina akibat peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi yang juga disebut sebagai holocaust. Akibat rasa bersalah, mereka menyokong orang Yahudi memiliki negara iaitu di Palestin.

Ini diburukkan lagi dengan kekalahan kerajaan Uthmaniah dalam PD1 yang meletakkan mandat Palestin di bawah Britain. Ketika inilah berlakunya kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Palestin.

Selanjutnya, perang dunia kedua mempercepatkan lagi kemasukan secara haram golongan Yahudi ke bumi Palestin.

Palestin dilihat bukan sahaja dilupakan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tetapi juga Liga Arab. Apa puncanya?

Memang benar. Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara Arab dan juga umat Islam sendiri.

Nasib mereka hanya dilihat terbela sekitar tahun 60-an dan 70-an apabila wujud inisiatif menubuhkan Palestin merdeka.

Antara usaha yang berkesan ialah penubuhan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PTO) yang dipimpin oleh Allahyarham Yasser Arafat.

Pada tahun-tahun itu, isu Palestin dilihat sebahagian isu orang Arab tetapi selepas tahun 90-an, ia tidak lagi dianggap begitu.

Inilah yang menimbulkan kekecewaan kepada rakyat Palestin hinggakan mereka seolah-olah berputus asa mendapatkan bantuan negara Arab atau umat Islam yang lain.

Namun, tidak dinafikan rakyat negara Arab masih mempunyai simpati yang tinggi kepada saudara mereka di Palestin.

Resolusi 272 yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan dua negara iaitu Palestin dan Israel dengan nisbah 51:49 juga tidak pernah dilaksana.

Sebaliknya, Yahudi terus memperluas dan mengambil tanah orang Palestin dengan sewenang-wenangnya.

Adakah krisis sesama negara Arab turut menyulitkan lagi penyelesaian isu Palestin?

Pendapat ini ada benarnya. Krisis serantau tidak mebantu Palestin malah memburukkan lagi keadaan. Contohnya perang Iran dan Iraq. Sebenarnya, kalau tidak berperang sesama sendiri itu pun sudah banyak membantu Palestin.

Keadaan semakin rumit apabila Iraq menyerang Kuwait pada 1991. Tindakan Presiden Saddam Hussein ini menyebabkan perjanjian pelan damai Palestin terbantut.

Kesan lebih teruk ialah selepas kejatuhan Saddam Hussein apabila Kuwait mengusir rakyat Palestin yang selama ini bekerja dan berniaga di negara itu. Ini kerana mereka dianggap mengkhianati Kuwait berikutan sokongan Allahyarham Arafat kepada Saddam.

Keadaan ini sekaligus menjejaskan intifada pertama. Malah, hartawan Palestin di Kuwait kini hanya menjadi pemandu teksi di Yamman, Jordan.

Peristiwa ini meletakkan Saddam sebaris dengan beberapa pemimpin Arab seperti Raja Hussein dan Anwar Sadat yang pro Barat.

Inilah yang mendorong kepada intifada pada 1987. Namun, rakyat Palestin hanya bersenjatakan batu sebagai simbolik dalam menentang tentera Yahudi, pasukan terkuat di dunia.

Sejauh mana kebenaran dakwaan rakyat Palestinlah yang memulakan aktiviti serangan bom berani mati?
Sebenarnya pendekatan bom berani mati ini hanya bermula selepas ekstremis Yahudi, Barush Goldstein membunuh umat Islam yang sedang solat subuh di Masjid Ibrahim, Palestin. Inilah yang pencetus gerakan lebih radikal dalam kalangan rakyatnya yang telah sekian lama ditindas.

Selepas peristiwa inilah, bom berani mati menjadi senjata memerangi Yahudi yang menyaksikan darah Yahudi mengalir di beberapa bandar seperti Baitulmaqdis, Haifa, Askalon dan Sederot.

Intifada kedua pada tahun 2000 pula berlaku ekoran lawatan Ariel Sharon ke Haram Al-Sharif di Palestin.

Apakah yang terjadi pada pelan damai Israel-Palestin di bawah Perjanjian Madrid?
Selepas perang Iraq, Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden George Bush pernah berusaha mewujudkan Palestin merdeka seperti yang dijanjinya di bawah Perjanjian Madrid.

Namun, ia gagal mencapai persetujuan oleh kedua-dua negara. Namun pada 1993, Sweeden secara senyap-senyap membawa Palestin dan Yahudi merangka pelan damai di bawah Perjanjian Oslo.

Ia bagaimanapun tidak dapat diimplementasikan sepenuhnya ekoran pembunuhan Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin pada 1995 oleh ekstremis Yahudi iaitu Yigal Amir. Kejadian ini memperlahankan pelan damai tersebut.

Mengapa negara-negara Arab tidak mahu menyebelahi Palestin dalam perjuangan ini?

Pemimpin Arab pada era 80-an amat takut kepada AS. Ini ditambah dengan krisis serantau antara Iran dan Iraq yang dianggap boleh mengancam negara sekitarnya jika berterusan.

Hal ini menyebabkan pemimpin Arab seperti Hosni Mubarak mencari kuasa pelindung daripada diserang. Mereka melihat AS itu sebagai kuasa itu dan penyelamat. Lagipun, Arab ini budayanya tidak boleh bersatu disebabkan kepentingan yang berbeza. Sebab itu, negara-negara Arab masih berpegang kepada sistem feudal iaitu monarki dan menolak sistem demokrasi.

Ada yang berpendapat, Presiden Palestin Mahmoud Abas tidak seberani Arafat?

Mahmoud Abas mempunyai sikap dan pendirian yang berbeza berbanding Arafat seorang revolusioner.

Mahmoud Abas lebih percaya kepada proses rundingan dan jalan damai untuk mencapai keamanan di Palestin. Namun, ternyata dalam tempoh 50 tahun, jalan perdamaian makin jauh.

Yahudi ini tidak faham bahasa perdamaian. Mereka hanya faham melalui bahasa kekerasan dan itulah caranya untuk berhadapan dengan golongan ini.

Apakah usaha yang boleh dilakukan oleh umat Islam dalam membantu masyarakat Palestin?

Negara-negara Islam perlu ikhlas membantu terutama dari segi kemanusiaan. Banyak nyawa mereka yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lama. Di Malaysia, selain bantuan kemanusiaan, usaha memberi penerangan perlu ditingkatkan. Ia penting kerana bukan semua orang mengetahui dan memahami isu utama yang menimpa Palestin.

Ini menyebabkan kadangkala ada nada yang seiringan dengan laporan media barat menyalahkan penduduk Palestin. Sedangkan fakta sebenarnya, rakyat Palestin ini tidak bersalah dan merekalah yang menjadi mangsa.

Semua usaha ini penting lebih-lebih lagi apabila kuasa besar terutama AS tidak mengiktiraf kerajaan Palestin di bawah pimpinan Perdana Menteri dari Parti Hanas, Ismail Haniyeh.

No comments: